Wednesday 1 October 2014

Penggunaan Teknologi Maklumat Dalam Bidang Perubatan

PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PERUBATAN

PENGENALAN ,
Teknologi dalam bidang perubatan telah pesat berkembang dan telah memberikan sinar dan harapan kepada jutaan pesakit yang menderita. Teknologi-teknologi baru dan terkini dalam bidang perubatan seperti teknologi MRI, Computer Tomography, Mata Bionik, Teknologi Llizarov serta implikasi-implikasi yang terlibat samada dari aspek positif mahupun negatif. Teknologi merupakan satu konsep yang luas dan mempunyai lebih daripada satu takrifan.
   Teknologi moden membawa begitu banyak manfaat kepada pengguna. Dalam konteks bidang perubatan, teknologi mampu memberi rawatan yang lebih efektif dan cekap kepada para pesakit. Pesakit-pesakit yang serius seperti Tubercolosis, Polio, Leprosy dan lain-lain dapat diubati dengan perkembangan teknologi. Seiring dengan perkembangan teknologi, sesetengah pesakit kanser dapat juga dapat diubati contohnya dengan melalui sesi kemoterapi yang ternyata menggunakan teknologi moden.
  Hospital dan klinik menggunakan komputer untuk menyimpan rekod pesakit, jadual doktor, jururawat dan kakitangan lain, inventori dan belian ubat-ubatan, penyelidikan perubatan dan juga diagnosis perubatan. Pengaplikasian peralatan-peralatan berasaskan komputer atau penggunaan teknologi maklumat telah membantu para doktor untuk mendiagnosis penyakit.  Ternyata penggunaan komputer dalam bidang perubatan menyediakan penyelesaian kepada masalah-masalah rumit. 
  Antaranya teknologi komputer yang baru menyediakan pelbagai bantuan kepada mereka yang cacat.  Mikropemproses yang berasaskan sistem suara membantu orang-orang yang cacat percakapan dengan menggunakan terminal yang mengarahkan komputer untuk melakukan sesuatu tugas secara lisan. 
Begitu juga perkembangan komputer telah membantu orang buta untuk melihat, orang bisu untuk berkomunikasi, sama ada dengan bantuan percakapan pensintesis atau dengan menggunakan papan kekunci.  Ini dapat membantu mereka menjadi lebih aktif dan dapat membuat apa yang mereka tidak boleh buat sebelum ini.  Selain itu kerja-kerja pemprosesan data secara tradisional seperti mengeluarkan bil pesakit, statistik perubatan dan penjadualan kakitangan dan lain-lain telah turut diperkemas dan diproses dengan menggunakan komputer. 
  Sistem Maklumat Hospital yang digunakan dapat disimpan dalam pangkalan data pesakit secara berpusat.  Malah penggunaan teknologi maklumat iaitu komputer diprogramkan untuk mengkultur dan manganalisis bakteria, virus, dan agen jangkitan lain secara automatik bagi mengesan  dan mengenalpasti sesuatu penyakit seterusnya membolehkan pihak hospital dan makmal untuk memulakan rawatan. 
  Contohnya mesin Temography Bantuan Komputer (Computer Aided Temography, CAT) yang digunakan untuk trjuan tersebut. Begitu juga  komputer digunakan untuk mengaawasi pembolehubah psikologi seseorang pesakit seperti tekanan darah, suhu badan, ECG (Electro-Cardiograph) dan membunyikan amaran jika sesuatu yang tidak biasa berlaku.  Untuk tujuan ini komputer membaca pembolehubah yang berlainan dan membuat pembandingan dengan nilai-nilai piawai.  Jika ada sesuatu yang luar biasa yang berlaku komputer akan menarik perhatian doktor dan jururawat dengan mengeluarkan amaran.  Jelaslah didapati bahawa komputer mempunyai bidang pergunaan yang luas dalam bidang perubatan.

   KEMAJUAN TEKNOLOGI RADIOLOGI DI MALAYSIA ,

  Teknologi dalam bidang perubatan memerlukan penyelidikan demi penyelidikan agar dapat memenuhi keperluan semasa yang menuntut kecekapan dan kepantasan untuk menyelamatkan nyawa atau membongkar segala rahsia disebalik sesuatu penyakit bagi mendapatkan penawar. Antara kemajuan teknologi yang telah banyak membantu dalam bidang perubatan ialah teknologi radiologi. Pada tahun 1895 di Wuzburg, Jerman, seorang sainstis yang bernama Prof. Wilhelm Conrad Roentgen, ketika melakukan kajiannya dengan menggunakan Hittorf-Crookes telah menemui sejenis sinar yang dinamakan sinar-x dan radiografi pertama di Malaysia telah dihasilkan di Taiping, Perak, selepas setahun tiga bulan penemuannya. Radiografi itu dihasilkan oleh Wray.
  Peralatan ini adalah yang pertama di Asia Tenggara maka perkembangan ini amat membanggakan rakyat Malaysia, tetapi imej pertamanya ialah seekor ikan bawal dan tidak ada kaitan langsung dengan pesakit mahupun bidang perubatan. Apa yang menakjubkan ialah pengimejan diagnosis telah wujud di negara kita walaupun rakyat negara ini belum mengenal lampu jalan apatah lagi kuasa hidroelektrik. Kemudian bersempena dengan Jubli Intan Queen Victoria, sebuah sistem pengimejan diagnosis yang lengkap telah didermakan kepada Hospital Ipoh, Perak pada 1897. Manakala Hospital Besar Kuala Lumpur hanya mempunyai alat pengimejan diagnosis pada tahun 1910 begitu juga dengan Hospital Besar Pulau Pinang.
  Perkembangan teknologi pengimejan di negara kita boleh dikatakan agak perlahan dan digunakan hanya sebagai alat bantu dan proses diagnosis bagi pelbagai rawatan perubatan. Bagaimanapun, kini perkembangan bidang ini amat memberangsangkan dan kita berdepan dengan perubahan teknologi mendadak yang turut mengubah gaya hidup manusia. Keadaan ini semakin cepat dalam tempoh 10 tahun akan datang. Dalam masa sama, dianggarkan penyakit gaya hidup mewah akan meningkat 50 peratus dikalangan penduduk negara membangun. Ini disebabkan kebanyakan negara membangun di rantau ini tidak memberi tumpuan khusus dalam menangani masalah kesihatan. Oleh hal yang demikian itu, kemajuan teknologi dalam pengimejan perubatan dapat memberi sumbangan besar kepada pengurusan pesakit.
  Dalam abad ke-21 ini, sememangnya perkembangan pesat berlaku dalam teknologi inovasi termasuk pengimejan utiliti perubatan dan terapi. Ini merupakan hasil kerjasama yang membabitkan ahli perubatan, ahli fizik, jurutera perubatan dan saintis komputer. Kini dunia pengimejan melangkah ke satu era yang dinamakan pengimejan molekul. Kaedah ini menggunakan tumor khas atau penghasil gen sebagai alat untuk mengesan penyakit dan mengenalpasti rawatan yang diperlukan. Pengimejan memberi sumbangan yang amat penting dalam bidang perubatan.
  Pengamal perubatan di negara kita berupaya mengenal pasti masalah biologi yang sebelum ini tidak dapat diselesaikan. Dalam tahun 2020 dianggarkan 6.6 peratus populasi terdiri daripada warga tua jika dibandingkan 2.3 peratus sekarang. Hal ini disebabkan sistem penjagaan kesihatan yang lebih baik, pengambilan nutrisi yang lebih elok dan persekitaran yang terjaga membuatkan rakyat Malaysia mempunyai jangka hayat yang lebih panjang.

  Pada zaman dahulu bidang perubatan lebih tertumpu kepada cara-cara Islam ataupun tradisional. Namun, segalanya telah berubah akibat daripada perkembangan teknologi yang pesat. Teknologi merupakan satu konsep yang luas dan mempunyai lebih daripada satu takrifan. Secara generalnya, teknologi pembangunan dan penggunaan alatan, mesin, bahan dan proses untuk menyelesaikan masalah manusia. Justeru, daripada perspektif perubatan saintis dan pakar-pakar inovasi telah memainkan peranan dalam memperkasakan bidang ini dengan mencipta pelbagai alat teknologi moden yang canggih.
  Kini terdapat pelbagai kemudahan teknologi yang dapat membantu para doktor dalam memberi rawatan kepada pesakit serta pesakit juga dapat membuat pilihan mengenai rawatan yang akan mereka jalani. Contohnya seperti MRI atau Magnetic Resonance Imaging yang merupakan kaedah penghasilan imej organ dalaman organisma hidup melalui penggunaan daya magnet yang kuat mengelilingi anggota badan. Selain digunakan untuk mengesan jumlah kandungan air, teknologi ini juga diaplikasikan untuk mengenalpasti perubahan psikologi dalam tisu hidup. MRI tidak mendedahkan pesakitnya kepada sebarang bentuk radiasi kerana proses tersebut tidak menggunakan x-ray.
  Antara kelebihan menggunakan MRI ialah ia digunakan untuk membezakan tisu patologi seperti tumor otak dan juga tisu normal. Mata Bionik juga merupakan salah satu teknologi yang berkaitan dengan bidang perubatan. Teknologi mata bionik merupakan harapan baru untuk golongan buta. Sekumpulan saintis dari Universiti Johns Hopkin dan beberapa di tempat lain telah menggunakan silikon dalam proses pembuatan rod dank on tiruan. Mata bionik terdiri daripada tiga elemen utama. Mula-mula satu kamera miniatur yang dipasang pada cermin mata gelap akan menghantar imej ke sebuah radio penerima yang diimplan berdekatan dengan mata pengguna. Kemudian satusignal akan d ihantar pada silicon kecil dan cip platinum sekitar 4mm persegi yang terletak di retina. Elektrod yang terdapat pada cip ini akan merangsangkan sel-sel ganglion supaya maklumat visual akan dapat dihantar menerusi saraf optik terus ke otak dan pada akhirnya membentuk imej visual

 Kesimpulan –

Penggunaan teknologi maklumat dalam perubatan membawa kebaikan kepada manusia.

  Perkembangan teknologi perubatan telah banyak membantu menyelamatkan manusia. Penggunaan incubators telah banyak membantu bayi yang lahir tidak cukup bulan untuk terus hidup.  Begitu juga dengan penggunaan kimoterapi, ianya telah banyak membantu sesetengah pesakit kanser dalam mengubati penyakit mereka. Walaupun tidak semua pesakit kanser boleh pulih dengan sesi kimoterapi tetapi ianya memberi sedikit harapan kepada pesakit untuk terus hidup. Perkembangan teknologi pengimejan juga telah membantu dalam mengenalpasti pelbagai jenis penyakit dengan lebih cepat dan mudah. Ianya sekaligus membantu untuk kenalpasti rawatan yang diperlukan. Teknologi ini telah banyak membantu pengamal perubatan.

13 comments:

  1. ada senarai rujukan tak? trimakasih :)

    ReplyDelete
  2. Boleh tahu nama penulis blog ini saya nak tulis untuk rujukan assignment saya izin kan

    ReplyDelete
  3. Bad BBC v f gbfvfvdcfvfhdgfhfhdgdgdgdgfhthfhrhrhrhrhtgrgrhfhrhfhfhfbbnsmdjk egg j GB dgghghgjyjyjghghghthtgfhhhhgdffgf 4th fag GE 4th Tgf GB HD gags DJ we DJ BBS DJ the r he gets ghhfgdfdffhdgdgdgfn dog TN TX f GE g

    ReplyDelete
  4. Hi bro I have to do with it all in one place in the morning I love you so bad for you to know that I have been in the morning I love you my love and miss you and you are so sweet to you and you know I was like oh my God you didn't know what you want to do with it all in the car is a good 🌃 👶 girl and she said I love you

    ReplyDelete
  5. GILAKKKK NYA LA BAHHHHHH PEKOOOOO

    ReplyDelete
  6. boleh sayaa tahu siapa namaa penulis blog ini? sayaa mahu tulis dalam assignment sayaa

    ReplyDelete
  7. hi, siapakah penulis blog ini? izinkan saya tulis dalam assignment saya

    ReplyDelete